Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
1600x1200_(1).jpg
1600x1200.jpg
gray_textures_2560x1600_wallpaper_www.wallpaperhi_.com_23_.jpg
gray-wallpaper-316-333-hd-wallpapers.jpg
light_blue_background_color.jpg
Wallpaper.jpg
Web-Page-Backgrounds.jpg
 

Peringatan


Penggunaan LOGO atau apa-apa bentuk identiti Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor bagi tujuan penggunaan komersil adalah tidak dibenarkan sama sekali.


Pihak Pentadbiran ini ingin memberikan peringatan dan makluman bahawa Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor TIDAK PERNAH memberikan kebenaran kepada mana-mana Ejen, Badan, Organisasi, Syarikat, Pertubuhan atau mana-mana orang secara individu atau pun berkumpulan untuk menggunakan logo atau apa-apa jua bentuk identiti Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor dalam apa jua bentuk bagi tujuan pengunaan samada secara komersil atau tidak.

Setiap penggunaan logo atau apa-apa bentuk identiti Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor hendaklah melalui kebenaran secara bertulis daripada pentadbiran ini.

Sekiranya pentadbiran ini mendapati terdapat pihak-pihak yang dengan sengaja menggunakan Logo atau apa-apa bentuk identiti Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor bertujuan memanipulasi fakta, keterangan ataupun memberikan maklumat palsu atau mengelirukan dalam apa jua bentuk samaada berbentuk komersil ataupun tidak, pentadbiran ini akan menggunakan peruntukan Seksyen 38(2) Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor 2001 iaitu :

"(2) Sesiapa yang gagal memberikan maklumat yang dikehendaki mengikut subseksyen (1) atau memberi jawapan atau maklumat palsu atau menggelirukan dalam apa jua bentuk ,  melakukan kesalahan dan jika disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit ".

Adalah dimaklumkan bahawa semua penawaran bagi Projek Rumah Selangorku hendaklah daripada senarai nama yang dikeluarkan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Nama Pemohon Rumah Selangorku.

Pentadbiran ini tidak akan teragak-agak akan mengambil tindakan Perundangan Sivil ataupun jenayah berdasarkan peruntukan Seksyen 38(2) Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor 2001.
 

Kemaskini pada 2016-12-07 03:00:28 daripada LPHS

  •  
  • Email this page
  • 2649