PROGRAM IPR : SKIM SMART SEWA |
MANFAAT PROGRAM |
Memberi peluang kepada golongan yang berpendapatan rendah dan
sederhana rendah yang tidak berupaya membuat pembelian
Rumah Selangorku ditawarkan Skim Sewaan pada kadar bayaran berpatutan
dan berkemampuan serta akhirnya mereka dapat membeli kediaman
mereka sendiri di Negeri Selangor
|
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN |
- Warganegara Malaysia termasuk pasangan pemohon;
- Berusia 18 tahun ke atas dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan;
- Pendapatan seisi keluarga tidak melebihi RM5,000 sebulan ke bawah bagi permohonan sewa rumah Jenis A atau Rumah Kos Rendah dan pendapatan isi rumah RM15,000-00 sebulan ke bawah dengan keutamaan diberikan kepada pendapatan kurang daripada RM10,000.00 sebulan bagi permohonan sewa rumah Jenis B, C dan D;
- Pemohon atau suami / isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor;
- Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Selangor (di beri keutamaan); atau mempunyai kediaman tetapi terletak melebihi 50 km daripada tempat sewa dipohon serta mestilah berdekatan dalam lingkungan 25 km perjalanan dari tempat kerja;
- Pemohon merupakan pengundi di Negeri Selangor.
- Tempoh sewaan minima selama 2 tahun akan diberikan pemulangan sewaan sebanyak 30% daripada jumlah sewaan yang dibayar apabila mereka tidak lagi tinggal di unit berkenaan. Tempoh maksima sewaan adalah 5 tahun.
Maklumat Tambahan ;
- Anggaran kadar sewaan bermula dari RM 600-00 hingga RM 650-00 sebulan tertakluk kepada harga pasaran sewaan di kawasan berkenaan.
|
KAEDAH PENDAFTARAN |
Borang permohonan boleh didapati di kaunter pejabat ;
Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. (PHSSB)
Tingkat 5, Podium Utara,
Bangunan SSAAS,
40000 Shah Alam
Maklumat lanjut sila layari di alamat http://phssb.com/borang
Sebarang pertanyaan hubungi :
017-938 7537 (Pn Fatehah)
017-416 3990 (Cik Waty)
019-440 6828 (En Afizie)
011-6424 4887 (Cik Rosha)
019-333 0976 (Pejabat)
03-5524 0253 (Pejabat)
|
LAIN-LAIN MAKLUMAT |
DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
- Salinan surat nikah / surat pendaftaran perkahwinan / surat cerai
- Salinan sijil kelahiran (MyKad / MyKid) anak
- Salinan MyKad / MyKid tanggungan (selain anak)
- Penyata Gaji 3 bulan terkini
- Salinan KWSP
- Salinan Penyata Bank 3 bulan terkini
- Salinan pengesahan pendapatan terkini pemohon dan pasangan dengan perakuan dari Pesuruhjaya Sumpah
- Salinan kad Orang Kelainan Upaya (OKU), jika berkenaan
- Salinan surat pengesahan doktor, jika berkenaan
- Salinan bil elektrik & bil air terkini kediaman sekarang
- Salinan Daftar Undi
|
SENARAI PROJEK BOLEH DITAWARKAN UNTUK KEMASUKKAN |
|
Kemaskini pada 2019-07-19 11:42:31 daripada Administrator