SYARAT PERMOHONAN RUMAH KOS RENDAH DI NEGERI SELANGOR
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Bermastautin di Negeri Selangor
- Satu keluarga satu permohonan sahaja
- Pemohon atau suami/isteri pemohon belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta
- Pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan
SYARAT PERMOHONAN PENYEWAAN DI PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR) DAN COUNCIL HOMES DI NEGERI SELANGOR
Syarat-syarat kelayakan pemohon untuk menyewa di PPR atau Council Homes di Negeri Selangor adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas dan telah berkeluarga atau mempunyai tanggungan;
- Pendapatan seisi keluarga kurang daripada RM2,000 sebulan;
- Pemohon telah berdaftar dengan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) atau PBT yang berkaitan; dan
- Pemohon dan suami/isteri tidak memiliki tanah atau rumah dalam daerah atau mukim yang sama di mana PPR/Council Homes dibina.

Golongan sasaran bagi bakal penyewa-penyewa di PPR atau Council Homes adalah:-
- Setinggan (sekiranya terdapat penempatan setinggan baru);
- Ibu tunggal yang mempunyai tanggungan;
- Golongan Orang Kurang Upaya (OKU);
- Pemohon yang mempunyai tanggungan ramai;
- Pesara Kerajaan seperti tentera, polis dan kakitangan awam yang menerima pencen;
- Mangsa banjir atau kebakaran; dan
- Pekerja kilang.
Kemaskini pada 2014-06-23 15:57:35 daripada Administrator